Tuesday, August 29, 2017

Kenangan Dulu Kala

Tetiba rasa rindu zaman sekolah menengah dulu. Zaman nakal nakal. Zaman dapat coklat and kad from senior. Lol. Tapi aku dulu sumpah tak berani berkenalan dengan lelaki. Hahaha. Siap buang lagi semua tu. Takut dia buat guna guna. Apa lah yang aku fikir masa tu. Lepas tu masa aku form 1 and form 2 aku ni sangatlah tak berani buat salah, ikut peraturan semua. Kerja siap on time. Free time siapkan note dan aku jarang bergaul sampai la satu masa tu aku kena tegur dengan housemate =')

"Alia kenapa balik je terus masuk bilik, meh la lepak makan sesama ke."

Lebih kurang macam tu la. Aku ni jenis kalau tak rapat aku segan gila nak mati. Tapi kalau dah rapat memang shaiton la. Memang semua benda buruk ja yang hampa akan nampak. The real me lah dan semua kebaikan aku habis ditelan bumi. Hahahaha. Start form 3 memang aku totally different la. Pepagi keluar hostel lambat, banyak kali ponteng perhimpunan, buat buat sakit perut sebab tanak pegi perhimpunan, balik prep awal, ponteng assembly, pegi koop time bukan rehat and much more. LOL.

Selalunya bila ponteng prep petang kan, aku akan masuk bawah pagar. Kiranya before main entrance masuk hostel la. Dah ada lubang orang buat =') Tah sapa la yang buat, pape pon thanks cause it's very useful tho (I'd use it for so many times kot). Takda la besar mana, tapi muat ja aku masuk. Lolol. Masuk kat situ sebab pintu nak masuk always berkunci and ada pak cik polis yang jaga. My friends always call pak cik zombie. I don't know why zombie. Hahaha. Pastu ada lagi la nama gelaran pepelik.

Pernah ada satu time tu, HEP tahu taw pasai lubang tu. Time tu aku dalam bilik dok lepak ka nak tidoq tah tak ingat. Yang aku ingat HEP jerit, "Monyet mana ni yang masuk kat sini!" Taw dak weyh, berderu darah aku dup dap dup dap. Ni kalau buat roll call sumpah mati aku. Siryes talk. Pastu dengar ah HEP bebel. Then, terus lubang tu ditutup siap berdouble lagi. Hahaha.

Sekarang iolls nak jawab,

"Hi HEP, ai la salah sekor monyet comel yang masuk kot lubang tu. Kahkahakah."

Tapi kan, bila teringat balik. Its such a sweet memories to look back. Nakai ya amat. Kenapa ai jadi nakai macam tu >.< Better ai bergaul or not? Hahaha. Patut ai jadi ja nerd student, mesti sekarang dah dapat fly or jd engineer. Lulz. But.... am I regretting my life? Sure as hell no. HAHAHA.

Ai saja lah nak share gambar masa zaman BBNU dulu. Hahahha. Bersedilah untuk gelak guling guling okayyy. Jum mempersembahkannnn zazzzzzzz.


 Ni time pesta SEM. Kena fikir topik sains best and present.

 Cantik takkkk kami punya board. Muahaha. We got first place okay.

With my lovely cute friend, Nurul Huda (tak pakai matrix card sbb tak suka)

 Zaman selfie mintak kaki. Hang ingat comel? Wkwkwkwk

With my homeroom. Yg paling kiri dah kahwin and ada anak dah. Cepat betul masa berlalu. Huhuhu

 Me with partner nakal bersama-sama. Hahaha. Muka baru nak start teruk ni =( Mungkin balasan sebab nakal sangat. Lololol

Okay.... Maka tamatlah entry reminiscing untuk kali ini. Hopefully you guys enjoy. Share lah sikit korang nakal tak time sekolah dulu, hihihihi. Jumpa lagi di lain entry. Daaaa~

Nota: Semua gambar tidak diedit, so ada yg gelap and terlebih cerah. Muahaha

17 comments:

I am LZ said...

Wah VM masih simpan lagi gambar zaman sekolah.. LZ berpindah-randah so gambar masa belajar hilang ntah ke mana.. serious rindu zaman itu..

Vanilla Maple said...

@I am LZ hehehe. tu pon banyak dah hilang. tinggal sikit ja ni. betul tu rindu sgt :)

nadhie wueen said...

best je baca n nostalgia sangat. pasal pergi koop bukan waktu rehat tu cam selalu buat. termasuk gi kantin. kekeke. Dan teringat time form 3 pernah dapat surat cinta dari dak class sebelah. waktu rehat dia ajak jumpa dekat tangga block kelas ktorang. Masalahnya time dapat surat tu dah lepas rehat kowt. maybe dia pas pas dekat kengkawan. hahaha. Sampai skrg tak tahu siapa orangnya, sbb dia tulis Mr.X . hahaha

Vanilla Maple said...

@nadhie wueen Hehehe. nakal jugak ni, pernah jugak la hampir kantoi time kat koop tu, then menyorok belakang kotak. hahaha. alaaaa terlambat pulak dapat surat >.< depa ni memang la suka guna nama gelaran kan. apa salahnya letak ja nama betul. hahaha

ღizzati harunoღ said...

Haha! Sis still comel! :)

Ainniah Zulkefli said...

saya tak nakal. baik sangat. wakakaka...
MRSM mana ni vanilla maple?

Vanilla Maple said...

@ღizzati harunoღ hihhihik. thanks awak^^

Vanilla Maple said...

@Ainniah Zulkefli hahaha. baguslah baik >.< VM dulu MRSM PDRM Kulim :)

Aisya사쿠라♥ said...

hihii zaman sekolah dulu comot + comel jee, makin besar makin vogue

Rin Hijabist said...

mmg seronok kan zaman2 skolah dlu..tpi sedihnya rin tak pnh ada gmbr time skolah :'(

anamizu said...

Hai VM ! thanks for dropping by & follow my blog. hahaha memula nerd pastu terus jadi 'monyet nakal yg comel' masuk ikot lubang sbb takot pakcik zombie jaga gate ea? hahaha

tapi tu la smua tu mmg kenangan manis bila ingat2 smula kan hehehe

Vanilla Maple said...

@Aisya사쿠라♥ hahaha. sama jugak. comot macam dulu >.<

Vanilla Maple said...

@Rin Hijabist aaaaa. takpa yg penting ingat memories with friends. hihihi

Vanilla Maple said...

@anamizu haiii n welcome anamizu. hihihi. haah takut dengan pakcik yg jaga gate. hahahaha. ofcos ingat ^^

E'in said...

rindu jugak zaman nakal dulu.. hihi

Nabila Syifa said...

comel2 je zaman remaja

Raydah said...

this makes me missed school

hi jmput la singgah join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

 
Hak cipta terpelihara Vanilla Maple| Copyright-2013